Selamat berkunjung ke Web Laksa D' Kelapa Pulau Pangkor Perak.
Web ini bertujuan untuk memberikan peluang dan ruang kepada masyarakat luar mengenali dengan lebih mendalam mengenai keunikan dan kelainan makanan masyarakat Pulau Pangkor.
Salah satu makanan yang unik di Pulau Pangkor iaitu Laksa Pangkor di mana laksa ini mempunyai 4 variasi iaitu, laksa kuah pedas, laksa kuah lemak, laksa goreng dan juga laksa kering (Laksa Ramen - nama baru). Setiap jenis laksa ini mempunyai kelainan dari sudut rasa dan jenis kuahnya. Oleh yang demikian ia menjadi salah satu daya tarikan kepada Pangkor di mana pelancong boleh menikmati keunikan makanan masyarakat Pangkor. Jika berkunjung ke Pangkor jangan lupa singgah di Laksa D' Kelapa Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor, Perak.


Comments